Sabtu, 14 Mei 2011

10 Petanda Kamu Seorang Penyabar









1.Walaupun dah berbulan-bulan temanmu masih tak bayar hutang, kamu tetap kata "Tak apa"

2.Penantian itu penyeksaan. Namun kamu tetap tersenyum walaupun si dia hanya tiba di restoran
setelah tiga jam kamu menanti.

3.susah nak lihat kamu marah, sehinggakan teman rapat dan ahli keluarga menganggap kamu sebagai manusia
tiada perasaan.

4.Kamu seringkali memberi nasihat kepada teman yang mempunyai masalah hubungan untuk kembali berbaik
pada pasangannya kerana bagimu semua orang akan buat silap.

5.Adikmu telah cuai "mematahkan" gincu berjenama kesayanganmu. Walau hakikatnya ia adlah edisi terhad,
kamu hanya berkata dalam nada gurauan, "Tak apa, nanti adik belikan gincu baru ya?"

6.Kertika di plaza tol, kamu membenarkan dua kereta untuk memintas barisan hadapanmu. Malah, kamu 
siap senyum lagi pada mereka.

7.Rambutmu yang cantik "dirosakkan" oleh pendandan rambut proesional di salun. Namun kamu hanya 
berdiam diri dan tetap buat bayaran penuh walupun tidak suka.

8.Bila baju rayamu yang ditempah awal lima bulan tak berjaya disiapkan hingga buat kamu terpaksa
memakai semula baju tahun lepas, kamu tetap berkata "Tak mengapa"

9.Walaupun tergesa-gesa mahu menahan teksi, kamu tetap beri keutamaan kepada pasangan tua 
dibelakangmu.

10.Kamu sentiasa menjadi orang yang terakhir mengambil makanan yang terhidang terutamanya bila bersama
orang lebih tua.

"Dan besabarlah..sesungguhnya Allah beserta orang2 yang sabar."Surah al-Anfal ayat 46


"Dan Allah menyukai orang2 yang sabar"Surah Ali imran ayat 146